6c4E853oVylTp7P9xDAMZklN_ps

Thursday, December 8, 2011

THUNDERBIRD-PENG URUS EMEL ANDA

saya mempunyai beberapa e-mel yang digunakan untuk tujuan rasmi (blog) dan juga untuk tujuan-tujuan yang lain. Dahulu apa yang saya selalu lakukan ialah log masuk dan log keluar satu demi satu e-mel untuk menyemak dan membacanya.

Setelah sekian lama buat perkara yang sama, terdetik hati untuk mencuba Mozilla Thunderbird (Versi 3pada masa itu) untuk membuat pengurusan e-mel yang lebih teratur dan mudah.

Ternyata detik hati saya pada ketika itu benar ada bagusnya dan kini Thunderbird yang sudah punmemasuki versi 8 dengan enjin Gecko terbaru, telah memudahkan segala urusan semakan e-mel saya, dari membaca, membalas, dan kemudian memadam e-mel lama. Amat mudah dan menyeronokkan! Apa yang seronok? Kerana selain boleh menguruskan e-mel, ia juga bersifat sama seperti pelayar web Mozilla Firefox, kerana Addon boleh diguna pakai padanya, dan tak lupa themes juga!

Buat yang belum pernah menggunakannya, berikut adalah paparan skrin Thunderbird 8 (Yang telah disesuaikan temanya dengan Pinguy OS 11.04 + Macbuntu):




Untuk para pengguna Windows, anda boleh muat turun seperti biasa pemasangnya
di sini -> Thunderbird Mail

Untuk pengguna Linux (Ubuntu, Linux Mint, Zorin OS, Pinguy OS), anda boleh gunakan baris perintah di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:mozillateam/thunderbird-stable

sudo apt-get update

sudo apt-get install thunderbird

2 comments:

  1. entry yg bermanfaat.. terima kasih..

    layan hbo,axn,starworld,discovery channel, live radio dan lain lain percuma secara online di sini..-->> http://liveradio.super-resources.com

    ReplyDelete