Salah satu aplikasi sekuriti popular pada sistem operasi Windows adalah Microsoft Security Essentials, yang mana menawarkan fungsi sama seperti antivirus secara percuma untuk para pemilik Windows, dan pada masa yang sama turut menawarkan perlindungan pada komputer mereka. Dan kini sebagai aplikasi perlindungan tambahan, Microsoft turut membawakan Windows Defender Offline Beta kepada para pengguna mereka.
Melalui Windows Defender Offline Beta, ia melindungi komputer Windows anda dengan mengimbas pelbagai aplikasi berbahaya, termasuk rootkit dan malware yang mana jarang dikenal-pasti oleh aplikasi perlindungan biasa. Masalah ini sering timbul apabila anda memuat-turun aplikasi pihak ketiga daripada internet, yang tidak diketahui kesahihannya.
Jadi, bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh memuat-turun aplikasi Windows Defender Offline Beta dan mengimbas komputer anda untuk memastikannya bebas daripada aplikasi berbahaya daripada pihak ketiga.
1. Memandangkan definisi virus dikemaskini setiap hari, pastikan anda memuat-turun dan mengemaskini versi terkini sebelum membuat pengimbasan.
2. Microsoft turut meminta pengguna menggunakan pemasangan Windows yang benar-benar bebas virus untuk memastikan pengimbasan dengan hasil yang tinggi.
2. Microsoft turut meminta pengguna menggunakan pemasangan Windows yang benar-benar bebas virus untuk memastikan pengimbasan dengan hasil yang tinggi.
No comments:
Post a Comment