6c4E853oVylTp7P9xDAMZklN_ps

Sunday, December 4, 2011

PROTECT THE INTERNET

SEKATAN TERHADAP INTERNET (Internet Censorship) adalah salah satu perkara yang paling kuat DITENTANG Nampaknya perkara ini turut menjadi perhatian Mozilla, Tumblr dan Reddit apabila American Censorship mengumumkan satu rang undang-undang akan didengari pada 16 November 2011 (semalam) yang membangkitkan satu klausa baru dalam undang-undang iaitu Sistem Sekatan Internet.



Maaf.  hendak menulis mengenai perkara ini sejak hari Isnin lagi tetapi pelbagai perkara yang lain berlaku menyebabkan  terlupa! Bagaimanapun kita masih sempat lagi menentang sekatan terhadap internet dengan menyokong usaha American Censorship melawan SOPA (Stop Online Piracy Act).

Anda boleh membaca mengenai SOPA di sini -> SOPA Infographic


Macam mana? Sakit hati? Marah? Semua itu tidak berguna walau satu perak sen sekalipun andai kita semua tidak bersama-sama menentang usaha yang tidak bermaruah dan mementingkan diri sendiri ini. SOPA telah ditulis oleh mereka yang tidak berpendidikan dalam bidang industri dan teknologi. Mereka telah bertindak pantas untuk menguatkuasakan undang-undang baharu TANPA berbincang atau merujuk kepada yang PAKAR dalam bidang teknologi dan IT. Mereka kononnya mahu menghentikan cetak rompak dalam talian, namun dalam masa yang sama laman-laman yang tidak terlibat juga boleh didakwa jika terdapat pautan yang dikatakan melanggar undang-undang!

Mahukah anda menjadikan internet dengan suasana seperti negara China yang terkenal dengan The Great Firewall of China? Memang SOPA diasaskan di AS, tapi undang-undang itu mampu menjadi universal! Mahukah anda jika anda tidak mampu lagi melepasi sekatan apabila laman-laman proksi, VPN, DNS alternatif, semuanya disekat? Mahukah anda jika setiap hari anda hanya mampu membuka laman Google sahaja?? Itupun kalau tidak disekat juga! Jika di China, Google juga tidak dapat dibuka! Semuanya kerana otak mereka yang kononnya TERLALU BERPELAJARAN dan atas kepentingan politik!

Anda boleh baca lagi artikel mengenai SOPA di sini -> All About SOPA, the Bill That Wants to Cripple Your Internet


No comments:

Post a Comment